"JEJAK LANGKAH"

aku adalah seorang pengembara menyusuri dan mencari pelangi di balik kabut hitam.
yg ingin kujumpai di hujung harapanku adalah lantera jiwa.
obor kehidupan yg kan menerangi setiap langkahku.
setiap kali aku letih melangkah,
aku berhenti sejenak untuk sekadar mencium harummu.
kusandarkan tubuh ini dan kuselimuti diriku dengan senandung merdu.
senandung yg juga dinyanyikan oleh sungai dan hutan.
saat jiwaku lapar,
kusinggahi rumah di setiap jalan yg kulalui.
kuketuk rumah-rumah mereka dengan loceng-loceng kehidupan.
aku hendak menyemaikan benih bunga jiwa yg akan membawa impianku sampai
ke langit
dan kuyakini langit akan memberikan apa yang dinamakan
cinta.
tetapi yang kudapati rumah-rumah itu telah terisi sepasang jiwa yg berhati.
yg sejatinya-ingin kucari.
aku tak ingin memadamkan lentera hati
yg ada dalam sangkar sepasang merpati putih kerana kutahu kecantikan nurani yg ingin kutuju.....

Tidak ada komentar: